assalamualaikum.
agak lama saya menghilang dari dunia maya baru-baru ini, apatah lagi untuk menjenguk life saya di sini. saya ke kl untuk menguruskan hal-hal penting berkaitan keberangkatan saya ke Australia. insyaAllah. saya pergi ke kl hari isnin yang lepas dan baru semalam pulang ke rumah. penat badan masih belum hilang.
tapi saya sudah berjanji dengan kawan-kawan untuk inform as soon as possible tentang apa yang saya dapat di kl. have to admit, ini kali pertama saya melakukan pelbagai perkara SEORANG DIRI. tekejut juga bila fikirkan, mana la saya dapat keberanian sebegitu. mungkin hati kecil saya sedar, saya perlu mula belajar untuk berdikari. jangan harapkan bantuan sesiapa pun. saya uruskan dokumen penting seorang diri, travel ke sana sini seorang diri, dan plan urusan saya selama seminggu tanpa bantuan orang. * tapi of course la, saya tak tinggal sendiri. saya tumpang di rumah emak saudara saya, mak andak. thanks a lot mak andak!
schedule saya sepanjang seminggu di KL:
isnin
paginya saya bertolak dari dungun. ya Allah, nak naik bas pun satu hal jadinya. sepanjang perjalanan saya kena tukar bas 3 kali. first, di kuantan sebab cermin tingkap pecah. second, bas yang dipandu bas lama. tiba-tiba enjin bas tak berfungsi. terpaksa menumpang bas ke bandar bentong. dari bentong kami nak bas mara liner bentong-titiwangsa KL. sepatutnya saya tiba di stesen putra. hmmm. tak apa la. nak buat macam mana. cuma satu yang saya risaukan. dalam bas itu, saya seorang sahaja perempuan. cuak juga bila berlaku perkara sebegini.
malamnya, abang saya hantar saya ke damansara. esoknya ada meeting dengan jpa. kami menumpang rumah junior. ada hidayah, izzati and atiqah.
selasa
terima kasih pada fadhli azman, saya and others tak payah naik cab untuk ke KBU. ye la. hajatnya nak naik van sahaja. tapi pegawai JPA suruh datang tepat pukul 8. alih2 mereka yang lambat satu jam. sabar je la. tak apa. demi duit beribu ringgit, sanggup ku tunggu. hahaha.
hari tuh jugak, kami dapat blazer (yang sangat buruk walaupun dibayar dengan harga yang mahal. terbang RM400)
jpa inform pada kami, insyaAllah pelajar ke RMIT akan fly pada 13 feb 2010. flight awal pagi. tak mahu!!!! sebab nanti susah nak tiba di airport awal pagi sebelum subuh. lepas tuh, tak ade kawan hantar :(
semasa briefing tu, berlaku kejadian malang yang saya kira sangat jarang berlaku di kalangan pelajar JPA yang nak fly ini. entah macam mana perkara ni boleh terjadi. apa yang berlaku? biarlah hanya saya dan kawan-kawan yang tahu. saya hanya tersedar ketika saya di kl sentral untuk buat grads card MAS untuk dpatkan extra 10kg luggage limit. dugaan betul. pening otak fikir macam nak selesaikannnya. sehinggakan saya hampir tertinggal beg yang berisi duit beribu ringgit di KL sentral. ya Allah, waktu tu memang dah cuak. saya anggap Allah nak ajar saya dulu di Malaysia jangan buat perkara macam ni lagi sebelum saya buat silap di Australia sana.
setelah selasai urusan di ENRICH MAS, saya terus pulang ke rumah mak saudara saya di setiawangsa. nasib baik apartment mak andak betul-betul seberang stesen lrt setiawangsa. senang untuk saya bergerak tanpa menyusahkan mak andak ataupun along.
rabu
saya ke banting. untuk berjumpa akmal dan azah. susahnya nak ke sana. patut la budak-budak KMB malas keluar. tak apa la demi meraikan kawan baik. hajatnya nak ke rumah mahir pulak. tapi saya keluar rumah lambat dan nak sampai ke KMB tu ambil masa berjam-jam. jadi plan untuk ke rumah terpaksa saya cancel. dah la tak tahu jalan around banting nih. sesat nanti. kerja nak naik teksi, pokai la saya.
seronok saya di KMB. orang unintentionally belanja saya ABC. saya berborak sakan dengan azah dan akmal. (padahal mengutuk KMB). sorry ya kawan. hahaha. saya kagum dengan kamu berdua. boleh survive dan jadi pelajar top di KMB. tabik spring untuk kamu berdua! :)
khamis dan jumaat.
shopping time!!! hehehe. khamis, saya pergi ke time square dan low yatt bersama nad, tati dan jajat. ya dan kakaknya sungei wang. terserempak dengan fahmi azmi di times square. kemudiannya mustaqim di stsen monorel. al maklum la budak AUSMAT KBU baru dapat duit.
jumaat pulak keluar dengan along and dayah. pergi ke wangsa maju untuk beli barang2 architecture. hahaha. hilang 500 ringgit dalam masa satu hari kerana architecture. saya dah nampak future saya sebagai archi student. MISKIN!
sabtu dan ahad.
saya pergi ke fly high. alhamdulillah, saya buat keputusan yang bagus untuk ke kem ini. kerana saya hampir cancel untuk kem dek kepenatan yang amat sepanjang berada di KL. tak apa la. saya pergi menimba ilmu. gagahkan diri juga! to be truth kem ini mengajar saya banyak benda dan menyedarkan saya tentang banyak perkara. tak dilupakan seniors cum faci yang sangat2 baik hati. insyaAllah akan saya ceritakan apa yang saya dapat post2 seterusnya.
"kita akan gembira apabila kita terima sesuatu tetapi kita akan lebih gembira apabila KITA MEMBERIKAN SESUATU DENGAN KASIH SAYANG"
kerana itu, ibu bapa sentiasa berkorban untuk anak-anak nya.
kerana itu, cikgu berpenat-lelah mengajar pelajarnya.
kerana itu, fly high diadakan :)
terima kasih seniors for this awesome camp!
p/s : cousin saya pun jadi faci kat sana. anak ayah long, annuar. sekarang dia belajar di UNSW.
isnin
saya ke serdang (seorang diri lagi) untuk serahkan pasport dan visa yang baru approved 2 hari lepas pada aain. sebabnya semalam hari wilayah. jadi putrajaya cuti. saya tak dapat hantar dokumen ni. dan pada hari ni, alhamdulillah, masalah saya selesai. kan y, kan!
oleh kerana saya rasa sangat gembira, saya pergi shopping seorang diri di mid valley. saya beli cardigan baru! dan makan di paddington cake house sebab saya teringat pada cerita ho chak di 8tv. hehehehe. sekali sekala merasa makanan pelik. pancake makan dengan beef bacon. heee.
seronok jugak shopping sorang-sorang rupanya.
kemudian, saya ke putra untuk beli tiket. cadangnya nak balik hari selasa. tapi alang-alang semalam dah ada tiket, the last ticket, saya pun beli dan terus pulang untuk kemas-kemas beg. basnya pukul 11 malam.
tak sangka saya dah dalam bas pun ditipu orang. malu untuk menceritakannya tapi tak apa la. untuk teladan orang lain. ada seorang budak minta tolong dengan saya. katanya die tiada duit untuk beli tiket kerana die tertinggal basnya dan bas saya bas terakhir untuk ke terengganu malam itu. kesian melihat budak ni (pandai sungguh dia berlakon, muka memang berkerut risau semacam, suara pun berketar2) saya pun bagi la sejumlah duit. dia janji nak pulangkan bila sampai di kemasik. emaknya akan bayar. kemudian die keluar untuk beli tiket, kononnya. tunggu punya tunggu, batang hidung pun tak nampak. sabar je la. saya pun terfikir, kenapa saya bagi duit tu pada dia. sebelum ni, saya tak pernah percaya pada STRANGER.
sedih saya memikirkannya. bukan kerana duit. tapi kerana sikap orang sekarang. ambil kesempatan, menipu. sabar saja la. yang pasti saya dapat first hand experience. sampai mati saya tak akan lupa. insya Allah, akan lebih berhati-hati selepas ni.
lessons:
1. try to be independent and not to burden others.
2. plan carefully and make sure have back up plans
3. careless is dangerous
4. yeah, never believe a stranger!
2 other candids..:
nnek shopping~~
nk ikot...=)
best kan bile tersedar kamu dpt survive sorang2 uruskan hal hidup-mati kat KL tu. sy dulu pun mcm kamu jugak. hampir serupa kot.
good luck with architecture! Architecture not Rock, believe me.
;)
Post a Comment