January 02, 2010

kisah ngeri antara saya dan kereta

perkara ni berlaku ketika cuti selepas spm. ye la. tentulah orang sibuk nak ambil lesen kereta dan motor. ayah saya pun tidak kurangnya. sibuk nak anaknya ambil lesen kereta. lesen motor memang out of question. titik.



hari pertama naik kereta.

okey. ini memang hari pertama saya naik kereta dan duduk di seat pemandu. pegang stereng, brek dan segala. oh my god. saya memang tak tahu apa2. cikgu saya panggil wong saja. she's a chinese. belum apa-apa dia dah suruh saya pandu sendiri. ajar sedikit-sedikit saja. pakai seat belt dulu, hidupkan enji kereta, check penyembur air tuh. pastu, tekan clutch (oh saya benci benda ini. demn. siapa reka benda ni? hah?) masuk gear satu, angkat hand break. dan vroom. jalan.

woha teruja sekejap. eh apa pasal slow gila kereta nih. ok. wong suruh tukar gear. masuk gear 2. tekan clutch lagi.*demn lagi.huh.* ok dah laju sedikit. dia suruh pusing satu tempat belajar nih. dalam 20 minit lepas tuh. dia keluar. sebelum keluar dia suruh saya drive sampai habis masa 2 jam sehari tuh. wuh. "dia suruh aku duk dalam kereta kancil nih sorang2 2 jam". pusing la satu tempat belajar nih. slow kot. dalam 30-40 kmh. ada seorang abang tu, tau la dah pandai bawa kereta, duk acah2 kat belakang saya. macam nak pergi laju lagi. oh please. faham la sedikit. cik adik nih baru hari pertama bawa kereta. jalan punya jalan. pusing punya pusing. stop punya stop, sampai la 2 jam saya duk dalam kereta tuh. penat. hahah. kalau ayah bawak, sah2 dah sampai kuantan. ye la. dari dungun ke kuantan ambil masa 2 jam.

penat juga rupanya bawa kereta nih. patut la ayah marah kalau orang bising. dah la kita penat drive, orang bising2 lagi. ganggu konsentrasi. ok. problem datang lagi. macam mana nak berhentikan kereta betul2 dan park kereta tuh. saya tak belajar lagi. wuh. mati la aku. lantak la. kaki dah sakit nih. saya berhenti kat depan bangunan, free kan gear. terus stop kereta. haha. lantak la. memang tak tahu nak kena buat ape. cakap kat wong. saya dah park. hehehe.

" mung parking gane?"
"gitu ar. free gear. mati enjin"
" eh, dok tarik hand break ke?"
" la mane orang tawu" *sambil tersengih kerang busuk*
"dak pe la. kang wong buak"


pendek kata begitu rutin hariannya. pusing-pusing. naik bukit. belajar park kereta. woha. part parking kereta nih best. cara dia ajar.

masa nak pusing stereng nak undur masuk ke tempat parking. dia suruh tengok palang dari cermin sisi. dia suruh bilang. nampak 8 palang, stop. dah cukup masuk la tuh. kalau lebih. siap la. nanti langgar palang. wong oh wong. kau ajar ku begitu. in real life mana ada palang. saya nak kira apa. kira lampu kereta? tapi dah ajar bilang-bilang tuh pun boleh sangkut lagi. hahah. banyak kali juga terlanggar palang. pastu kedengaran la suara tergelak-gelak orang.
*oh malunya*

turun naik bukit pun boleh tahan mencabar kudrat ku. saya benci part nak naik bukit tuh. tekan minyak kuat2 la. then, lepaskan hand break, dan vroom naik atas. selalu terlajak. benci betul. lepas tu kena turun balik. sampai menjadi. hahah. bila sempai atas and nak jalan balik, try masuk gear. tak masuk2. and then tak jalan. lepas tu terturun bawah balik. oh sungguh saya benci keadaan begitu.



hari ujian.

alhamdulillah. ujian part one, berjalan dengan lancar. time parking dan naik bukit. itupun saya tak pasti sama ada tayar betul2 atas line putih itu ke tidak ketika naik bukit. nasib baik ada seorang cikgu kat situ. senyap-senyap dia buat thumbs up. saya pun apa lagi, senyum dan laporkan diri pada pegawai jpj tuh. huh. muka masam macam cuka. mana orang tak cuak nak ambil ujian.

ok. pergi ke ujian bahgian 2. bawa kereta berjalan-jalan :) oh harap2 la dapt route c. senang sedikit. tak ramai orang. jadi lancar je perjalanan.

sampai turn saya.

"assalamualaikum tuan"
*muka pak cik nih lagi masam dari yang pertama tadi..cuak2*
"waalaikumussalam"
"nama apa?"
"liyana tuan."
"saya tanya nama penuh"
"liyana che ismail tuan."
"ok, kamu buat jalan route B. ( oh tidak!)"
"baik, tuan"

saya pakai seat belt. hidup enjin. check segala menda. ok time untuk jalan. tekan clutch. masuk gear 1. ok jalan.










oh tak jalan. enjin mati. oh tidak kenapa. apa yang berlaku. mati la aku.

"awak tak turunkan hand break kenapa?!"
"erm.."
"saya bagi awak lagi satu peluang."

terdengar suara orang gelak

(sila faham. saya amat gelabah melihat pak cik bermisai tebal macam A Galak dalam gerak khas itu)


ok, buat semula. jalan la kereta. saya pun pandu la kereta keluar dari tempat belajar. sampai la junction nak masuk ke jalan besar. jam ketika itu lebih kurang pukul 1. traffic banyak. kereta tak putus-putus. nak jalan saja, tiba-tiba ada kereta. lalu. kalau tak satu lane ini, lagi satu lane. lepas tu, dua2 line ada banyak kereta.

pak cik kat sebelah dah naik marah. kata kat saya, nak tunggu berapa lama lagi. pak cik. kau tak nampak ke? kereta banyak. aku nih dah la gelabah.

oh ok. tak kira. jalan jugak. line clear. nak jalan.





tiba-tiba, kereta berhenti dalam sekelip mata walhal saya nak tekan minyak. eh, aku tekan minyak ke brek nih? terkejut den. hampir gugur jantung ini.


" awak nak saya mati?!!!!!!awak tak nampak kereta laju tuh. kereta waja tuh?"
"minta maaf tuan"
"dah dah. keluar. biar saya yang pandu!"

*cis, kereta waja oren. kau memang tak berhati perut. tak nampak ke orang tengah test nih. bagi can la.

saya pun tak semena-menanya keluar dengan muka yang amat malu sebab kat belakang ada lagi kereta kancil yang berlesen L. oh, saya nampak riak wajah orang di dalam kereta itu.

serius. kecut perut. pak cik misai tuh bawa kereta dengan sangat laju masuk ke tempat belajar. saya malu. :(


jadi keputusannya: SAYA FAIL. BUAT KALI PERTAMA. TAK PERNAH FAIL DALAM MANA2 UJIAN SEBELUM NIH. huhuhu


ok. kalau dah fail, of cos la kena amik sekali lagi ujian.

ujian kedua pun haru jugak. pegawai jpj nya perempuan. masa mula-mula saya tak ada sangkut apa-apa. smooth saja. keluar la dari tempat belajar tuh. hehe. saya pun sampai la kat junction tuh lagi. oh junction maut. kali ini, kereta saya mati kat junction tuh. oh tidak. bukan kereta saja mati, abis la lesen aku. pegawai itu tanya, macam mana la saya bawa kereta nih. saya hanya mampu tersenyum. hmmm. hidup enjin balik. sambung balik jalan.

oh yes. pegawai ini baik hati. kereta pun tak ada. saya pun jalan la. dengan hati gembira. ohohoh. seronok2. tapi bila masuk bandar. mashaAllah. apa pasal tiba-tiba jadi macam KL ni. banyak pula keretanya. bas pun banyak. sabar je la. sedang seronok-seronok bawa kereta, tiba-tiba ada bas ni duk depan saya dan nak tiba-tiba nak berhenti depan saya tu. waktu tu saya kat lane kiri. nak ke lane kanan, ramai orang. oh serba salah saya dibuatnya. huh. gamat sekejap keadaan waktu tuh. pegawai kat sebelah dah geleng kepala. aduih.

lepas itu, sambung balik sampai la ke tempat belajar semula. alhamdulillah. huhu. tamat penyeksaan ku selama 20 minit itu. pegawai tuh bagi saya borang tuh. haha. dapat 16/20. tak kisah. janji saya pass.

dia macam tau-tau saja saya takkan naik kereta dah lepas nih. sebab tuh dia bagi pass. kasi can la. kalau tidak terbang lagi duit ayah. heheheh.


huh. taubat, kalau boleh memang tak nak drive!!! waaa, i hate driving. except dapat kereta sport, auto. hahah. akan ku usahakan juga untuk belajar drive balik. ngeee :)

so jangan mengharap ye nak rasa saya bawa kereta untuk korang. quite impossible.




5 other candids..:

arnsy January 2, 2010 9:47 PM  

hahhahaha... sudahhh~ ko buat aku gelabah yana. warrghhh... mati r aku test hari selasa ni, dah r belajar x smpai 2 mggu. =.=

Liyana January 2, 2010 9:54 PM  

huhuh..rileks....
ak nih mmg jnis x pndai bwak kereta. org laen. ok ja. skli bleh pass. tgok nna. dengn mntapnye die bwak krta. mia pun. tiqah n syireen juga.

huhuhuh~

n.a.m.e.s.a.y.e.a.i.z.a.t January 2, 2010 11:49 PM  

nnek amek lesen??
huhuh.nseb bek ku da amek~~~lalala
pape pon gudluck nnek.selambe je=)

natto January 3, 2010 12:40 AM  

yana!! xpe yana! aq paham camne prasaan kau! aq pun fail gak first time... parking ngan bukit aq dah CUN abes dah. kat junction pun aq terkuar time ade kete menonong laju cam gampang.


paling best bile pakcik tu suruh aq kuar kete, mat motor lalu seblah kete aq gelakkan aq.
pastu jerit, "HAHA KANDAS!"


:)
pengalaman manis bebeh... :)
cube lagi yana!

Liyana January 3, 2010 9:34 PM  

aizat & nad :
ak dah amik la lesen. aku buat cte utk y nih...huhuh

candid them

last candids

the photographer

My Photo
life is candid. be prepared :)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP