ada apa dalam hati manusia? ada nafsu.
dengan hati, kita menyayangi apa yang kita sekarang sayangi. sayang Allah, sayang rasul, sayang parents, sayang family, sayang sahabat dan sayang partner (bagi yang dah ada). kalau Allah tak anugerahkan hati pada manusia, bayangkan hidup kita sekarang. WE DONT LOVE ANYBODY. WE DONT FEEL ANYTHING AT ALL. tak ke bosan hidup begitu. macam meaningless.
tapi dengan hati la manusia melakukan banyak kejahatan, kerana dalam hati ada nafsu. nafsu jahat, nafsu marah, nafsu hasad dengki, nafsu khianat. dengan hati la kita membenci sesama kita, bermusuhan dan merosakkan alam ciptaan Allah. ada sebabnya Allah sertakan nafsu dalam hati kita, jangan dimarahi nafsu jika kita melakukan kesilapan yang kita kesali di kemudian hari.
bercakap mengenai nafsu dan hati, teringat pula saya pada usrah di tv9. hari tuh ustazah fatimah ada bincangkan tentang nafsu. saya ada salin skit2. so bila google up, jumpa jugak la info tambahan.
bercakap mengenai nafsu dan hati, teringat pula saya pada usrah di tv9. hari tuh ustazah fatimah ada bincangkan tentang nafsu. saya ada salin skit2. so bila google up, jumpa jugak la info tambahan.
like she said, nafsu manusia ada 7 peringkat. nafsu jahat hingga ke nafsu baik :)
mari saya listkan satu2.
1. nafsu amarah : nafu yang paling buruk. setiap manusia ada nafsu ini tapi tak bermakna kita harus membiarkannya natural dengan diri kita. nafsu yang mengajak kita ke arah kejahatan malah suka akan kejahatan itu. nafsu yang menjadi pembantu setia syaitan durjana. nafsu inilah yang saya katakan di atas tadi.
...dan sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Allah...(12:53)
2. nafsu lawwamah : nafsu yang ini up sedikit tarafnya dari nafsu amarah. nafsu membuat kita rasa kesal dengan kejahatan yang kita lakukan, tapi kita masih tak dapat meninggalkan kejahatan itu. dalam erti kata lain, kita dah berusaha untuk meninggalkan kejahatan , tapi kita tetap tewas dengan nafsu kita ini. contoh yang paling senang mengumpat. saya suka sangat mengumpat. anyam ketupat. siapa yang tak suka. tapi perkara ini dimurkai Allah, kadang-kadang kita sedar. dan hanya ketika itulah kita menyesali umpatan kita tuh.
3. nafsu mulhamah : nafsu ini akan membuatkan kita sedaya-upaya dan konsisten dalam memperbaiki diri kita dan melawan nafsu amarah. orang yang mempunyai nafsu ini akan mendapat ilham dari Allah. ilham untuk membezakan antara yang jak dan yang batil. pernah tak dalam hidup kamu, kamu rasa nak berubah. kamu tahu itu salah dan kamu nak menjauhinya. dan alhamdulillah, kamu berjaya mengatasi nafu dan berhenti melakukan kesalahan itu. lagi2 kita ni di tahu baru. ada banyak azam. dan sudah pasti, dalam azam itu, ada terselit rasa untuk menjadi orang yang lebih baik. niat itu sudah bagus. saya doakan agar kita dapat nafsu mulhamah ini kerana ia boleh dikatakan pembuka kepada nafsu-nafsu yang seterusnya.
demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaan)nya, makan Dia (Allah) mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatannya dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (91:7-10)
4. nafsu mutma'innah : nafsu ini akan memberikan ketenangan dalam diri kita kerana nafsu ini yang membuatka kita selamat di jalan Allah yang betul. mutma'innah itu sendiri maksudnya tenang. jika kita di peringkat ini, alhamdulillah, kita di landasan yang betul. insyaAllah kita akan menjadi lebih tawadhu dan dalam keadaan sentiasa mencari keredhaan Allah. nafsu ini membuatkan kita sentiasa tenang, kerana kita mula redha kepada ketentuan Allah. kita tidak melatah jika diberikan ujian dan tidak pula berbangga apabila diberikan pujian. hati kita bagaikan air yang tak diusik. tenang tanpa sebarang gangguan.
5. nafsu radhiah : nafsu ini merupakan nafsu mutma'innah yang disertakan dengan usaha yang gigih untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan mempunyai guru yang betul-betul membimbingnya ke arah menjadi mukmin yang lebih sempurna. Di peringkat ini, insyaAllah, kita tak akan ada sedikit pun ragu-ragu akan ketentuan Allah. kita percaya sepenuhnya setiap apa yang berlaku ke atas diri kita adalah dari Allah, sama ada pahit atau manis, dan setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.
6. nafsu mardhiah: orang yang berada di peringkat ini amat beruntung kerana Allah akan redha dengan setiap apa yang dilakukan oleh orang itu kerana segala yang dilakukan hanya kerana Allah. orang seperti inilah yang betul betul mengamalkan apa yang kita selalu sebut dalam doa iftitah;
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin
sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekelian alam.
7. nafsu kamilah: nafsu yang paling mulia dan tertinggi antara semua nafsu. manusia biasa tidak mampu untuk sampai ke tahap ini. nafsu yang khas ini Allah kurniakan untuk para nabi dan rasul.
*saya masih di peringkat nafsu yang tercela. masih jauh perjalanan ini.
berbalik kepada hati dan nafsu, tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa yang banyak kelemahannya macam diri saya ni, kita kurang memahami hasrat hati kita. apa yang hati kita sebenarnya inginkan. adakah keseronokan semata-mata atau pun keredhaan Allah. kadang-kadang kita cuba menafikan apa yang kita rasa. kita menipu diri sendiri. kita juga sering ragu-ragu dengan diri kita. apakah yang kita lakukan ini betul atau salah. kita*terutamanya saya* lupa yang Allah ada di sisi kita.
so apa caranya nak tenangkan hati. senang saja*cakap memang senang* :)
ala bizikrillahi tatmainnal qulub(13:28)
ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
tak mudah sebenarnya nak lakukan ayat di atas, bagi diri saya. perlukan usaha yang berterusan. istiqamah. terus terang cakap, saya sentiasa lagha dan lupa akan Allah. mudah-mudahan hati ini lebih dekat dengan Allah, lebih cintakan Allah. insyaAllah.
kawan-kawan juga begitu. moga hati kita bersatu kerana Allah :)
.doa rabitah.
Ya Allah, engkau ketahuilah bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi(perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya, peuhkan hati ni dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu, maka matikan lah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Restuilah Ya Allah atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya..
AMIN.....
dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. jadi kita boleh sentiasa happy :)
http://anakzaman.via.my/
ttp://hery2007.wordpress.com/
usrah tv9 :) *selalu la tengok ye. hari jumaat. time muslimin pergi sembahyang jumaat.
p/s: terima kasih untuk sahabatku, akmal hayat bin jusoh. aku kira kau ialah mutiara yang aku kutip di KISAS :)

4 other candids..:
yeay sye first..
hurm rupenye bnyk jnis nafsu nih,
thanks gtau kalo x ak tau nfsu amarah tuh je satu.
semoge taun baru nih,dptlah kte menahan nfsu2 yg x baek tuh*walaupon mmg susah.hehe=)
thumbs up! thanks yana cerita bab nafsu nih. tmbh ilmu aku.
moh2 kita bersihkan hati drpd terus lalai mengingati Allah...
sob.. sob.. sedihnya bila mengenangkan diri ini yg selalu lalai...
Amin...
Insyaallah, we all sume improve an become better person~ :D
hurm.
:)
Post a Comment