assalamualaikum...
hujung 2 minggu lepas, saya berkesempatan balik rumah tok di kampung lebak temerloh. betapa saya rindukan suasana kampung di sini. dah lama saya tak balik berjumpa dengan tok dan saudara mara. hati membuak-buak nak balik tapi selalu tak kesampaian.
hari khamis sebelum tu, tiba-tiba along telefon bertanyakan sama ada mahu ikut dia atau tak. saya apa lagi. terus telefon mak, kena minta permission mak dulu. mak kata ok saja. yes! mak bagi! saya call along balik, confirm ikut dia dan nan balik kampung. malam jumaat tu, along amik. rasanya pukul 10 bertolak dari bandar utama dan singgah di ampang dulu untuk jemput nan dari rumah farah, si girl friend nan.
pukul 1 pagi, kami sampai di rumah tok, kampung lebak kesayanganku. bestnya! esok pagi, saya dikejutkan oleh satu makhluk yang sangat comel, iman solihin! terkejut budak tu tengok ada orang baru di rumahnya. hehe. sepanjang 2 hari di rumah tok, memang saya jadi nanny dia. lincah betul. petah bercakap pula tu. suka sangat iman dengan ultraman dan bionik. iman, kamu membesar jadi budak baik ye! dengar cakap mak tam. tapi saya belum upload lagi gambar2 iman yang saya tangkap. kemudian la.
sepanjang saya di rumah tok, banyak juga benda yang saya tangkap. maklum la, dah hampir sebulan saya tak sentuh camera, baby saya tu. merajuk nanti baby. mak tak bawa jalan2. puas hati saya. semua benda nak tangkap. bunga la, kaktus la, ayam la. hisy, cakap pasal ayam, susah benar ayam tuh. bak kata nadhirah afiah aka nad, "ayam betul la". tak sedar tak kamu tengah jadi model. duduk la diam2 sedikit. ini tak. saya datang dekat sedikit, terus lari. lagi-lagi anak ayam. geram tengoknya.hehehe. gambar tok pun ada.
oh ya! kebetulan, waktu saya balik, rumah tok meriah sangat. ada pelajar dari UM. ramai. tok ambil 2 orang anak angkat sempena program anak angkat UM. seorang dari KL tak silap dan seorang lagi dari turki. mak ngah pun 2 orang juga; seorang dari terengganu kot dan seorang lagi dari somalia. hehehe. kamu sedara mara WARIS DIRIE kah? tengok diaorang mengingatkan saya pada photoblogger, bakri hafiz hisham. ringan saja mulut nak tanya tapi malu la pula. sebab semuanya lelaki. oh...saya ni pemalu..heheh~
dan perkara yang paling bahagia waktu saya balik kampung ialah tak lain tak bukan lauk ikan patin masak gulai tempoyak. ohhh terbayangkannya sahaja mampu membuatkan perut berbunyi. sangat best! 2 thumbs up! itu lauk wajib bagi sesiapa yang pergi ke temerloh. kalu kamu singgah temerloh, kena cuba lauk ini tau! wajib. kalau tak, kamu la manusia paling rugi. lauk paling best khas dari temerloh. memang temerloh terkenal dengan ikan sungai; talapia, patin, dan tak dilupakan ikan keli. sebab itu, temerloh dapat gelaran bandar ikan patin. waaaa...saya nak lagi makan lauk tu. hari tu pun tak puas walaupn 2 kali tambah nasi. kenikmatannya berganda lagi-lagi kalau tok limah (tok saya) yang masak. huhuhu...tunggu tok, nanti yana balik lagi ya!
ada satu lagi perkara bahagia di temerloh. heheh. ditambah dengan poket duit sedang penuh kerana duit jpa baru masuk, saya shopping sakan di temerloh. along ajak saya ke tempat bundle. katanya nak cari seluar murah2. wahh...memang murah la barang bundle ni. seluar jeans harga rm5-rm10 saja. mulanya saya tolong along carikan seluar. sedang mencari-cari tu, saya terjumpa 2 seluar, unik sangat. satu ada corak kat bawah dan satu lagi ada corak di poket. heheh, saya cakap kat along, saya nak seluar ni. along kata ambil la murah tu. harga rm10 saja. baru rm2o. along pun cakap la, alang-alang tu cuba cari kat sebelah satu lagi, kat situ memang semua seluar jeans girls punya. huhuh...seronok2! akhirnya, saya pilih 3 seluar jeans. total harga, ermmm cuma rm25! can u believe it?!!! kalau pergi shopping mall, jangan harap nak dapatkan harga tu. apatah lagi nak dapatkan 3 helai untuk rm25. impossible! lepas itu, saya beli beg 2 untuk rm45. ni lagi satu. kalau di OU, haram nak dapat harga macam ni. saya sangat suka beg tu, kotak-kotak dan bulat-bulat.ehehhehe~
last but not least, saya bahagia sebab dapat jumpa tok. tak tahu kenapa, tapi hati saya kuat sangat mengatakan saya perlu balik dan jumpa dengan tok. entah la. sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang terjadi, saya akan kurnag terkilan. bukan ingin mendoakan, tapi mana lah tahu. ajal maut di tangan tuhan. tok, semoga tok panjang umur ya! yana masih nak makan lauk masakan tok, tengok tok bela semua ayam-ayam tok tu. amin~
to sum up, memang bahagia la balik rumah tok. dari kecil sampai besar, tak pernah bosan balik rumah tok, walaupun tak ada orang sangat. suasana kampung itu cukup menyenangkan hati saya. seronok duduk kampung! nyaman saja. hijau di mana-mana. ada sungai. loghat temerloh yang pekat dengan koi kome awok. oh, saya memang rindukan semua itu.
since internet sangat la tak betul, saya cuma sempat upload, gambar-gambar bunga dan rumah tok. enjoy it~
p/s: nanti saya upload gambar-gambar lain pulak ya!
















rumah tok kesayanganku, dulu lagi best. semuanya papan. tapi sebabkan kebakaran, rumah tok hangus terbakar, ganti dengan rumah batu. tak apa la, still rumah tok!
ini mak ngah, kakak pada mak saya. dan mak pada kak sarah, sepupu saya and blogger yang saya follow. ada along saya, yang bulat2 tu, nan dan adiknya azizi, kami panggil jiji.
ini rumah mak tam ci nor, sebelah rumah tok saja. dia berkerja di happy fried chicken di bandar temerloh. saya suka pergi restoran itu. mee bandung kedai itu boleh tahan. anak mak tam ada sebaya dengan saya. tapi tak sure pula sekarang dia belajar di mana.





Sikit pasal Prinsip Keseimbangan
-
Jadi kita dijadikan dengan seimbang. Kiri dan kanan, lelaki dan perempuan,
air dan tanah, baik jahat dan macam-macam lagi. Tubuh badan kita pon
seimbang, h...
1 day ago



15 comments:
Salam Yana!!!!
Ohhhh! I miss everything back home! I miss Kg. Lebak. I miss my house. I miss tok's cookings. I miss buai bawah pokok semarak. I miss adik Iman! Lagi dua minggu Ngah balik. Kita ronggeng jom! Haha. U take care. We will meet soon. Thanks for uploading all the pics. U make me miss home even more! Hehe.
saya sukakampung... n kan ku dah ckap..gamaq yg ang x sngaja snap tuh lawa... i like~~~ :)
x sengaja tuh..nasib je lawa..hahah..
no offense ye..
lme ko hibernasi, nak kaasi panas sikit..ahaks..
ujong taon ni ak blk kg gk..
kt sabah tuu..~
ngehee..anything u wanna order?
ngangah:
hehe..tak sabarnya tunggu ngah balik~
nanti kite bleh cite2 lagi yea...
yana dengar dari nan, ngah bli d60.
amboi~
bestnye die..murah ke camera kat sne?
klu gtu bleh crikan yana satu macro lens..
heheheh~
annemishi:
hahah..ak upload sbb hg ske la anne~
huhuhuhuh~
akmal hayat:
eleh, ak tau ko jeles sbb ko duk dalam 'penjara'
hak33~
huuuuuuuuuuu~
erm ak nk gng kinabalu bleh?
whoah~~ yenna..!!! mantap la gamba! banggenye aq ade kwn pndai fotografi mcm kau!! hihii... =)
aq ske gmba yg ade ayam tu. cute. mcm aq. daaaaa~~~
p/s: kampung jgak yg best kan? =)
hahahahah...
ayam macam nad???hmmm~
aku x ckap..ko ckp sndri..hak33~
mmg tgok mke2 aym tuh teringat kat ko la...serupa..huhuhuh~
btul! kg mmg best!
mcam mne la ccu ak nnti. kmpung x gaya kampg dh..kmpg btu ad la!
T,T asl lah aku tinggal kat dua bandar metropolitan r...
Spore tak dak kampong.... T,T...
seronoknyer gambar kampung...tenang je duk kampung kan...jiwa ku jiwa kampung,kerana aku budak kampung...hehehe
salam yana...makin hebat skang..lawa pic2 tu..keep it up!
to imran:
huhuhuhuh~
tuh la ko..bangg sgt ngan singapore yg pnuh ngan concrete tuh~
kg lgi best la
to labu:
hhuhuh..ku bdak kmpung gak~
to mahir:
hehehehe...mahir pn.. ble nk tnjuk pic2 yg mhir tgkap?
serius lawa gmbr2 tuh...
to labi labu:
thanx~
aku dah tengok full album dlm pendrive
*cewah belagak + perasan
Post a Comment