February 12, 2010

mentally unprepared.

tiba-tiba rasa macam tak bersedia nak terbang ke negara kangaroo...
macam mana tuh?


yeap, I'll be going to Aussie this Saturday.
wish me luck there.





*berat hati nak tinggalkan malaysia dan isinya*

February 05, 2010

FH : FIQH OF A TRAVELER : THAHARAH (part 2)

isu-isu feqah thaharah yang selalu menjadi tanda tanya.



1. samak satu rumah ( termasuk perabot, alat perkakas ) yang pernah diduduki oleh non-muslim kerana khuatiri ada kesan anjing.

answer : tak perlu. sebabnya, berbalik pada konsep 'tidak perlu siasat berlebihan'. kalau kita tengok rumah tu dalam keadaan yang bersih dan tiada apa-apa yang meragukan, tak perlulah kita bersusah payah samak satu rumah. melainkan kita ternampak perkara yang meragukan seperti kesan makanan dalam microwave, bulu-bulu pada sofa. haa, baru lah kita hilangkan kerisauan kita dengan samak. insyaAllah, suci semuanya . :)



2. samak jika tersentuh dengan anjing atau babi. (kat sana banyak anjing. ustaz cakap, nanti naik satu bas dengan anjing, duduk di park dengan anjing. di mana ada manusia di situ ada anjing.)

answer: jika anjing itu menjilat kita, maka wajib untuk kita samak. tapi kalau setakat kita bersentuhan dengan bulu anjing yang kering dan tangan kita kering, tak perlu samak basuh sudah cukup. begitu juga benda-benda yang berkaitan dengan anjing. lawak bila fikirkan kita semua ( termasuk saya) begitu takut kalau-kalau tersentuh daging atau produk kulit berasaskan babi dan anjing ketika shopping. untuk pengetahuan semua, kita tidak perlu samak jika perkara sebegini berlaku.

*mesti kamu semua pelik. kita belajar dari kecil, kita wajib samak jika tersentuh dengan babi dan anjing dan apa-apa yang berasaskannya. tapi kita balik pada konsep sebenar islam iaitu untuk menjadi panduan hidup masyarakat dan memudahkan aturan hidup kita semua. bayangkan kalau dalam sehari tu, kita asyik bersentuh dengan anjing, terpegang jaket kulit babi atau anjing, terpakai beg kulit anjing, macam mana kita nak selesaikannya? samak? maka, kerja kita setiap hari ialah samak, samak dan samak. tak sempat nak pergi belajar, kena samak dulu. bak kata ustaz, bawa sabun thaharah (sabun samak) banyak-banyak.

tapi kalau kita dah di malaysia yang jarang sekali bersentuh dengan anjing, kalau tersentuh tu, samak sahaja lah. adalah lebih jelas statusnya jika samak, kalau tak, kita berada dalm keadaan ragu-ragu dan was-was. sudah suci atau tidak.



3. wudhu'

for your infomation, di luar negara terutamanya negara orang putih, mereka menggunakan tisu untuk beristinjak. so, jarang sekali kita akan berjumpa dengan satu ciptaan yang bernama batang paip. macam mana nak ambil wudhu'? nak kena basuh kaki nih. (habit orang malaysia yang dipandang pelik oleh orang lain : angkat kaki ke sinki dan basuh kaki di situ - kalau buat di Malaysia tak apa, tapi jangan buat di negara orang. mengotorkan tandas mereka.)


dari ustaz hasrizal,

kita boleh mengaplikasikan kemudahan yang diberikan untuk kes-kes seperti ini. iaitu menyapu air pada stokin atau kasut atau khuf (stokin yang diperbuat daripada kulit) untuk menggantikan basuhan kaki dalam wudhu.

syaratnya:

stokin yang dipakai :
lebih tinggi dari tumit kaki
agak tebal (tidak menampakkan warna kulit-skin sock tak boleh)

cara berwudhu menggunakan khuf, stokin atau kasut.
1. mengambil wudhu secara full version ketika di rumah.
2. apabila dalam perjalanan (bagi musafir) atau di mana-mana kita berada contohnya di campus atau dalam plane, ambil wudhu seperti biasa dan dan gantikan basuhan kaki dengan sapuan pada stokin atau kasut ( 1 kali sapuan sahaja)
3. bagi wanita, kita dibenarkan menyapu air pada tudung bagi menggantikan basuhan kepala dalam wudhu.

wudhu + khuf ini sah selagi :
=5 kali solat dari kali pertama solat kita menggunakan wudhu ini. contohnya, solat zohor hari isnin hingga solat subuh hari selasa.
=stokin tidak dicabut dari kaki ( bagi yang menyapu pada kasut, mencabut kasut tidak membatalkan wudhu' + khuf ni)
= tidak berhadas basar ( take note : hadas kecil tidak membatalkan wudhu' khuf sepertimana ia membatalkan wudhu biasa)


dalilnya : malas nak copy sila lihat di sini. tekan ye! untuk menambahkan lagi keyakinan kita.





insyaAllah bersambung lagi.

ada tentang solat, puasa dan juga perkahwinan.

Wallahu a'lam.

FH : FIQH OF A TRAVELER : THAHARAH (part 1)

introduction


kita sebagai pelajar yang akan pergi ke negara yang tidak mempunyai penganut islam (contohnya Australia-walaupun agak ramai muslim dan malaysian di sana), ramai akan mengalami sedikit sebanyak halangan untuk melakukan ibadah dengan cara biasa yang kita selalu gunakan di Malaysia. contohnya, cara ambil wudhu', waktu solat dan sebagainya.

dan seperti biasa feqah sentiasa menjadi masalah bagi umat islam terutamanya tentang bagaimana cara kita nak menyempurnakannya dan bagaimana cara yang betul2 diajar oleh islam kerana terlalu banyak mulut yang memberikan info.

jadi, saya di sini ingin berkongsi dengan kamu semua apa yang saya perolehi sewaktu di FH. insyaAllah

konsep yang pertama : THAHARAH

apa itu thaharah? kalau dialihbahasa maksudnya ialah bersuci. bersuci pula ialah membersihkan dan menyucikan diri, pakaian dan tempat dari hadas dan najis supaya kita boleh beribadah dengan sah.

sejak kecil kita diajar cara untuk ber-thaharah. macam mana nak beristinjak, macam mana nak mandi wajib, macam mana nak ambil wudhu. boleh dikatakan semuanya menjadi amalan kita seharian.

sebelum saya bincangkan tentang feqah najasah dan thaharah, ustaz hasrizal pesan, kita kena betulkan dulu konsep kita tentang dua perkara ini, iaitu mengikut konsep islam yang sebenar.


1. cegah sebelum rawat

phrase ini sangat penting kerana ia akan memudahkan kehidupan kita seharian. contohnya, bersentuhan dengan anjing. jika boleh kita elakkan untuk bersentuhan dengannya, bukan kerana anjing haram disentuh ( take note : islam tak pernah mengharamkan umatnya untuk menyentuh anjing, jadi jangan pandang anjing sebagai binatang yang sangat hina) tapi kerana untuk memudahkan diri kita. kalau tak tersentuh tak ada lah kita perlu bersamak, tapi kalau dah tersentuh, samak saja lah.

contoh lain, kaum hawa dikatakan sukar untuk menunaikan solat di mana-mana sahaja sepertimana lelaki yang tidak perlu kain telekung untuk solat. (saya juga setuju sebelum saya ke kem FH). ustaz pesan, kalau dah risau kita susah nak sembahyang kerana tak bawa kain telekung, pastikan kita menutup aurat sepenuhnya sejak azali lagi ( maksudnya, di mana2 sahaja kita berada). islam menggariskan syarat untuk solat ialah menutup aurat, bukannya kain telekung. so, jika pakaian kita sudah cukup menutup aurat, tiada salahnya jika kita solat dengan pakaian itu.


2. tidak siasat berlebihan

lecturer saya pun pernah pesan, islam tak galakkan umatnya untuk siasat berlebihan untuk mencari kesahihannya. contohnya, cafe di KBU (untuk pelajar di KBU). kalau di situ sudah ada cop halal jakim, maknanya halal la untuk kita makan walaupun cafe itu dijaga oleh abang chinese one thirtyy... jangan pergi sibuk-sibuk nak check apa yang menjadi kandungan makanan dan cara memasaknya, termasuk la siapa yang masak. tapi, ada tapinya! tiba-tiba la suatu hari, kita ada dengar cerita dari orang yang BOLEH dipercayai yang cafe KBU ni menggunakan ayam yang tidak disembelih secara islam atau sumber lain yang tidak halal, ha! time ni lah baru kita dibenarkan siasat sebetulnya. untuk check sama ada betul atau tidak cerita tu.

ada satu kisah, umar al-khattab dan seorang lagi sahabat sedang berjalan dan melalui sebuah rumah. tiba-tiba, bajunya terkena air yang datangnya dari mizab ( laluan air hujan dari atap). maka, sahabat terus memanggil tuan rumah untuk bertanya air itu dari mana datangnya dan risaukan sama ada air itu mutanajjis atau tidak.

sebelum tuan rumah sempat menjawab soalan sahabat, saidina umar sendiri yang menjawab dengan menyatakan, tidak pelu disiasat air itu mutanajjis atau tidak. selagi ianya kelihatan seperti air biasa, kita boleh anggapnya bukan air mutanajjis.


3. tutup pintu was-was

kita selalu was-was sama ada betul ke tidak ke dah lakukan ibadah tu. kadang-kadang kita terlupa yang kita dah cukup buat sunat 3 kali bagi setiap langkah mengambil wudhu'. sebab itu kita selalu berwudhu berkali-kali, dengan niat untuk memastikan kita benar-benar melakukannya. begitu juga dengan angkat takbir berserta niat dan bacaan ayat al-quraan dalam solat. kita was-was. kita sudah niat dan takbir dengan betul atau tidak. sehinggakan berkali-kali kita bertakbir. kalau seorang, boleh tahan lagi tapi bila kita mengimamkan solat perkara ini menjadi masalah besar. macam mana imam boleh terangkat takbir banyak kali. pening kepala makmum. kita mengulangi ayat al-quraan yang sama berulang kali kerana mahu membetulkan cara bacaan kita. ditegaskan, kita bukan hendak bertilawah tapi disyaratkan untuk qiraah iaitu membaca ayat al-quraan.

sunnah rasulullah untuk menghilangkan rasa was-wasnya setiap kali berhadas kecil ialah baginda akan merenjiskan air pada seluarnya sehingga ada banyak tompok-tompok air kecil. ini adalah kerana dikhuatiri, satu ketika nanti apabila terlihat tompok air kecil selepas berhadas kecil, kita akan was-was sama ada ia najis atau hanya tompok air.

nota : selalulah baca surah an-nas sebelum melakukan ibadah terutamanya solat.



candid them

last candids

the photographer

My Photo
life is candid. be prepared :)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP